HOSPITAL Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan. FOTO Bernama
HOSPITAL Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Kakak ipar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggal dunia, malam ini.

Ismail Sabri dalam ciapan di twitternya memaklumkan, Siti Fatimah Ismail menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, di sini.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Kakak ipar saya, Siti Fatimah Ismail baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya di HAT Tuanku Mizan, Kuala Lumpur sebentar tadi.

"Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 January 2022 @ 10:28 PM