ORANG ramai bergambar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur selepas menerima dos penggalak Covid-19, semalam. FOTO Aswadi Alias
ORANG ramai bergambar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur selepas menerima dos penggalak Covid-19, semalam. FOTO Aswadi Alias
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 9,364,326 individu atau 40 peratus daripada populasi dewasa di negara ini menerima dos penggalak vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, daripada jumlah itu 145,922 dos penggalak diberikan semalam.

Selain itu, 22,903,466 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,183,820 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,773,734 atau 88.1 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap menerima vaksin COVID-19 manakala 2,861,589 atau 90.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, 147,655 dos suntikan vaksin diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,884,363.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 12 kes kematian direkodkan semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 11:00 AM