Muhammad Shariq (tiga dari kiri) bersama anggota bomba yang menyelamatkannya selepas tersesat di Bukit Broga, Kajang hari ini. Foto Ihsan JBPM
Muhammad Shariq (tiga dari kiri) bersama anggota bomba yang menyelamatkannya selepas tersesat di Bukit Broga, Kajang hari ini. Foto Ihsan JBPM
Muhaamad Hafis Nawawi

Kajang: Lelaki yang mendaki Bukit Broga di sini, terpaksa meminta bantuan anggota bomba selepas dia tersesat ketika melakukan aktiviti itu hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya yang menerima maklumat itu kemudiannya menghantar pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih.

Menurutnya, sebaik tiba pada 7.30 pagi, gerakan mencari mangsa, Muhammad Shariq Shoeb, 26, terus dijalankan.

"Kedudukan mangsa dianggarkan 550 meter dari pintu masuk ke Bukit Broga.

"Mangsa kemudiannya ditemui pada 8.10 pagi dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 January 2022 @ 10:20 AM