GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang Jaya: Polis menahan pemilik bengkel cat kereta dan enam pekerja warga asing selepas terbabit dalam kes curi komponen kenderaan di Taman Keramat, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian bermula apabila seorang peniaga berusia 50 tahun menghantar kereta Proton Putra ke bengkel itu pada 18 Disember lalu.

Menurutnya, pada 12.30 tengah hari 2 Januari lalu, mangsa pergi semula ke bengkel itu untuk mengambil semula keretanya dan dapati beberapa komponen di dalam kereta hilang dipercayai dicuri.

"Pada hari yang sama mangsa mengambil keretanya kerana bimbang ada barang lain akan hilang dan membuat laporan polis.

"Susulan itu, pada 12.30 tengah hari Rabu lalu, sepasukan polis membuat tangkapan ke atas suspek dan enam lelaki warga asing berusia 21 hingga 60 tahun di sekitar Ampang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan di peringkat akhir dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1952.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1952 dan Seksyen 55 (b) akta sama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 January 2022 @ 4:35 PM