GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Selama 29 tahun bergelumang dengan dadah dan pernah beberapa kali keluar masuk penjara namun ia tidak pernah menginsafkan seorang lelaki berusia 46 tahun daripada terbabit dengan kegiatan haram itu.

Terbaharu, lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 11.20 malam tadi di sebuah rumah di Felda Palong Tujuh selepas diserbu pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek bakal berdepan hukuman lebih berat kerana ketika ditahan, pihaknya turut merampas lima paket plastik heroin seberat 46.50 gram (g) dan dua paket syabu seberat 2g.

Katanya, pemeriksaan mendapati suspek yang berkerja sebagai buruh itu mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah.

Hoo berkata, siasatan awal mendapati, dadah yang dirampas akan diedarkan kepada penagih sekitar kawasan berkenaan selain untuk kegunaan sendiri.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari sehingga 9 Januari depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 3:56 PM