DR Mustafa dipilih seorang daripada pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik. FOTO Samadi Ahmad.
DR Mustafa dipilih seorang daripada pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik. FOTO Samadi Ahmad.
Samadi Ahmad


Kuala Lumpur: "Saya bangga kerana dapat membantu pesakit menjalani pembedahan bariatrik, sekali gus membolehkan pesakit menjalani gaya hidup lebih baik, kata pakar perunding pembedahan dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammad Taher, 46.

Dr Mustafa dipilih seorang daripada pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik dalam Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global anjuran sebuah badan yang berpusat di Singapura yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Beliau yang berasal dari Iraq mendapat pendidikan di Kolej Perubatan Universiti Baghdad dan menetap di Malaysia lebih 17 tahun adalah Pakar Perundingan dan Pembedahan di Pusat Perubatan Hospital Cengild, Bangsar, di sini.

"Saya sangat bersyukur di atas anugerah itu, dan akan terus bekerja keras, sekali gus membanggakan Malaysia pada masa depan.

"Ini adalah kejayaan melakukan lebih 2,000 pembedahan bariatrik sepanjang kerjaya saya di beberapa hospital di negara ini

"Kebanyakan pesakit sebelum ini mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan halangan untuk melakukan aktiviti harian," katanya di sini.

Dr Mustafa sebelum ini terkenal melalui perkongsiannya mengenai kesihatan dan perut serta kaitannya dengan kesihatan di laman media sosial Instagram dan Tik Tok.

Beliau yang sudah berumahtangga dengan warga tempatan, RafeahArifin serta dikurniakan tiga cahaya mata.

Sebelum ini, Dr Mustafa pernah berkhidmat sebagai pakar pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 2012 hingga 2019.

Dr Mustafa berkata, anugerah ini juga mendorong beliau untuk terus memerangi obesiti dengan meningkatkan kesedaran kesihatan dan pemikiran kepada orang ramai mengenai penyakit itu.

Katanya, pembedahan bariatrik membolehkan pesakit mendapat peluang ke dua ke arah kehidupan kesihatan lebih baik dan meningkatkan keupayaan fizikal dalam mengurangkan berat badan serta merawat masalah kencing manis serta darah tinggi dihadapi pesakit.

"Kebanyakan pesakit yang berlebihan berat badan akan mengalami beberapa masalah refluks yang juga punca utama pembentukan kanser di esofagus atau perut, dan pembedahan bariatrik boleh menyelesaikan masalah ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 12:13 PM