PPS SK Belimbing Dalam hanya tinggal empat mangsa FOTO Nazri Abu Bakar
PPS SK Belimbing Dalam hanya tinggal empat mangsa FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar

Melaka: Hanya 135 mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi ini di negeri terbabit.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah berkenaan membabitkan 67 mangsa di daerah Alor Gajah dan Jasin (68).

Kataya, dua PPS di Alor Gajah membabitkan SMK Lubok China yang menempatkan 63 mangsa, sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, hanya empat mangsa.

Menurutnya, di Jasin pula, ia membabitkan SK Parit Penghulu Benteng yang menempatkan 68 mangsa daripada 14 keluarga.

"Setakat ini, terdapat 15 kawasan masih terjejas banjir di Alor Gajah iaitu Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Jeram, Kampung Taboh Naning, Pekan Lubok Cina, Ramuan China Besar, Taman Seri Bayu 1 & 2 ,Kampung Pengkalan dan Kampung Panchor.

"Kawasan lain termasuk Kampung Beringin, Kampung Paya Lebar, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Pulau, Kampung Gangsa dan Kampung Gadek Dalam," katanya.

Bagi daerah Jasin pula, antara kawasan terjejas adalah Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Lubuk Kasau, Tanjung Labuh, Kampung Tersusun Rambai Jaya, Tehel dan Batu 16 Jasin.

Sementara itu, beliau berkata, keadaan banjir di daerah Melaka Tengah kini pulih sepenuhnya selepas tiga PPS yang dibuka di Krubong, Tanah Merah dan Taman Merdeka sudah ditutup.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Disember 2021 @ 9:36 AM