YoonA, kini tidak lagi menjadi sebahagian daripada kumpulan Girls’ Generation dan sedang aktif dengan pelbagai projek dan hobi baharu. - FOTO SMTOWN
YoonA, kini tidak lagi menjadi sebahagian daripada kumpulan Girls’ Generation dan sedang aktif dengan pelbagai projek dan hobi baharu. - FOTO SMTOWN
Nur Amirah Abd Rani

BAGI peminat K-pop, nama kumpulan Girls' Generation atau juga dikenali SNSD adalah nama yang tidak asing buat mereka. 

Dikenali dengan gelaran "The Nation's Girl Group", penyanyi YoonA ini adalah generasi kedua Kpop yang ditubuhkan oleh SM Entertainment dan mula menempa nama di Korea serta di peringkat global melalui fasa kedua Hallyu.

Berikutan kumpulan ini tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian, mereka mula menceburi pelbagai bidang dan antara ahli yang giat berkecimpung dalam bidang seni adalah Im Yoon-ah. 

Mesra dikenali dengan nama pentas YoonA, beliau kini tidak lagi menjadi sebahagian daripada kumpulan Girls' Generation dan sedang aktif dengan pelbagai projek dan hobi baharu yang ramai tidak tahu. 

Berikut adalah antara perkembangan terkini YoonA yang peminat mungkin ingin tahu. 

1. Bakat terpendam membuat kek 

Image

YoonA terbukti mempunyai pakej lengkap apabila tidak hanya memiliki rupa paras cantik dan bakat dalam industri hiburan.

Sepanjang pandemik, kebanyakan orang sering menghabiskan masa terkurung menonton Netflix dan bermalasan namun YoonA sering mengisi masa terluang dengan membuat kek seperti seorang chef pastri profesional. 

Bermula sebagai hobi, YoonA sering memuat naik gambar makanan dan ia berterusan sehingga ke hari ini dan dia turut berkongsi resipi dan tutorial di saluran YouTube miliknya. 

2. Berita baik buat peminat?

Image

Baru-baru ini, akaun Instagram Girls' Generation yang diuruskan oleh SM Entertainment mula mengikuti akaun Instagram rasmi lapan ahli kumpulan itu. 

Menurut peminat, akaun rasmi itu sebelum ini hanya mengikuti Instagram rasmi YoonA, yang juga diuruskan oleh SM Entertainment untuk sebarang kemas kini jadual aktivitinya. 

Berita gembira buat peminat, SMTOWN akan mengadakan konsert percuma dalam talian bagi album musim sejuk di bawah nama Girls' Generation-Oh!GG.

Dijadualkan berlangsung pada Januari 2022, projek SM Entertainment, juga dikenali sebagai SMCU Express, akan menampilkan sejumlah besar kumpulan K-Pop di bawah naungan mereka, seperti Super Junior, Oh!GG dan ramai lagi. 

3. Rangkul anugerah pelakon wanita terbaik 

Image

Filem bertajuk Miracle: Letters to the President, menerima pelbagai pencalonan seperti Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Arah Seni Terbaik dan Muzik Terbaik dan YoonA berjaya memenangi Anugerah Bintang Popular untuk filem itu. 

Image

Berdasarkan kisah benar, filem ini mengisahkan tentang pelajar sekolah menengah Jun Kyung, seorang genius matematik yang tinggal di kawasan pedalaman tanpa jalan di wilayah Gyeongsang Utara bersama kakaknya, Bo Kyung. 

Menanam impian untuk membina stesen kereta api di kampungnya, Jun Kyung  menghantar surat kepada Presiden untuk meminta bantuan. 

Dia akhirnya bertemu dengan Song Ra Hee, yang dilakonkan oleh YoonA, semasa dia mendaftar di sebuah sekolah menengah yang terkenal di bandar itu. 

Image

Adakah dia dapat menarik perhatian Presiden untuk mencapai impiannya?

Anda boleh menonton filem terbaru lakonan YoonA dalam Miracle: Letters to the President , di tonton CINEMA dengan hanya serendah RM15. Layari cinema.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton sekarang!

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Disember 2021 @ 6:17 PM