Zamri Yaakob (tengah) menyampaikan penghargaan kepada Sallehuddin Mohd Iskan (dua dari kanan) yang menerima anugerah saham individu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 PPK Sungai Besar di Dataran PPK, Parit 1, hari ini. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN

Amirul Aiman Hamsuddin

Sungai Besar: Kenaikan mendadak harga baja dan racun menyebabkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) alami kerugian RM260 juta.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob berkata, pihaknya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 200 juta ekoran perkara itu selain RM 60 juta lagi bagi kenaikan harga racun.

Menurutnya, kenaikan harga baja dan racun dijangka berterusan sehingga suku pertama tahun depan.

"Sehingga kini, kedua-dua kos input pertanian itu belum menunjukkan tanda-tanda penurunan harga.

"Kami masih berunding dengan kerajaan berhubung kerugian dialami kerana ketika ini kami masih tidak tahu berapa lama lagi kenaikan harga baja dan racun akan berlarutan.

"Jika harga baja dan racun turun sekali pun, kami jangkakan ia tidak terlalu murah berbanding sebelum kenaikannya," katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 Pertumbuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar di Dataran PPK, Parit 1 di sini, tadi.

Zamri berkata, bagaimanapun kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan kepada Nafas termasuk menampung kerugian yang dialami.

"Nafas akan terus membekalkan baja subsidi kepada petani mengikut harga lama seperti yang dipersetujui kerajaan walaupun terpaksa menanggung kerugian," katanya yang menyifatkan kenaikan harga baja dan racun tidak munasabah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Disember 2021 @ 6:34 PM