Setiausaha Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Roslan Kamaruzaman ( empat kiri) bersama komuniti setempat sedang memasang papan tanda larangan membuang sampah di Taman Sentosa, dekat sini,hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Setiausaha Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Roslan Kamaruzaman ( empat kiri) bersama komuniti setempat sedang memasang papan tanda larangan membuang sampah di Taman Sentosa, dekat sini,hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Rosman Shamsudin


Tanjung Malim: Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) mengenal pasti kira-kira 10 lokasi 'hotspot' yang sering menjadi tempat pembuangan sampah haram di daerah Muallim, dekat sini.

Setiausahanya Roslan Kamaruzaman berkata, terdapat tiga lokasi dikesan di Slim River, satu di Behrang dan empat di Tanjung Malim menjadi tempat pembuangan sampah orang pihak tidak bertanggungjawab.

"Berikutan itu, MDTM memasang papan kenyataan tentang larangan membuang sampah di semua lokasi terbabit.

"Untuk mengatasi masalah pembuangan sampah haram, ia turut menjadi tanggungjawab komuniti setempat bukan kepada MDTM semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Juara Otai Minyak Masak Terpakai Daerah Muallim 2021 di Taman Sentosa, dekat sini, hari ini.

Katanya, pihak MDTM akan terus memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada lagi tapak pembuangan sampah haram wujud di daerah ini.

"Buanglah sampah di tempat disediakan oleh MDTM kerana perbuatan membuang sampah di tempat tidak dibenarkan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran alam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Disember 2021 @ 7:17 PM