Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
BERNAMA

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang di Pasir Mas kekal 33 orang membabitkan enam keluarga setakat 9 pagi ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas Azizan Aziz ketika dihubungi Bernama berkata, kesemua mangsa termasuk seorang warga emas dan 12 kanak-kanak dari Kampung Tok Deh itu masih tidak dibenarkan pulang memandangkan rumah mereka digenangi air.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran negeri memaklumkan, setakat 9 pagi ini, Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan melebihi paras waspada iaitu 7.01 meter (waspada 7 meter) dengan trend menurun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Disember 2021 @ 9:23 AM