GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuching: Hujan lebat serta fenomena air pasang besar serentak sekitar sini malam tadi menyebabkan 81 orang penduduk daripada 33 keluarga di dua kampung dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), selepas kediaman mereka dinaiki air hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata sehingga jam 4 petang ini PPS di Dewan Sri Buntal di sini menempatkan 54 orang penduduk daripada 26 keluarga dari Kampung Buntal.

Menurutnya Surau Ar Rahman di Kampung Sungai Batu yang dijadikan PPS pula menempatkan 27 orang penduduk daripada tujuh keluarga di kampung berkenaan.

Kedua-dua PPS itu dibuka sejak 8 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 7:19 PM