Mohamad (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di antara Mohd Said dengan Nanda Maarof di IPD Seremban. FOTO AHMAD HASBI
Mohamad (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di antara Mohd Said dengan Nanda Maarof di IPD Seremban. FOTO AHMAD HASBI
Ahmad Hasbi


Seremban: Asisten Komisioner Nanda Maarof yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Arau, Perlis dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Seremban berkuat kuasa hari ini

Perlantikan beliau bagi menggantikan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim yang dilantik sebagai Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dengan pangkat Senior Asisten Komisioner berkuatkuasa esok.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, banyak kejayaan dikecapi IPD Seremban di bawah kepimpinan Mohd Said sebelum ini khususnya dalam menganjurkan program pencegahan jenayah bersama masyarakat setempat.

"Saya ingin merakamkan ucapan selamat datang dan tahniah kepada Asisten Komisoner Nanda Maarof di atas perlantikan sebagai Ketua Polis Daerah Seremban yang baharu.

"Dengan kepercayaan dan amanah diberikan oleh pucuk pimpinan, saya percaya tuan (Nanda) mampu untuk mengorak langkah dalam melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan berhemah," katanya.

Sementara itu, Nanda berkata, beliau berharap dapat menjalankan tugas dengan baik bagi memastikan kelancaran pentadbiran serta meneruskan kepimpinan terdahulu.

Beliau yang berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan sebelum ini bertugas selama lebih enam tahun sebagai Ketua Polis Daerah Arau danmemiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Caption: SEREMBAN 6 DISEMBER 2021. Ketua Polis Negeri Sembilan ketika kawalan kehormatan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini. Foto Ahmad Hasbi

From: Hasbi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 6:17 PM