SIM Kui Hian
SIM Kui Hian
Goh Pei Pei


Kuching: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian bakal berhadapan pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Dr Sim yang juga penyandang kerusi DUN Batu Kawah akan ditentang calon DAP Dr Kelvin Yii, Chai Kueh Khun (Parti Bumi Kenyalang) dan Fong Pau Teck (Parti Aspirasi Rakyat Sarawak).

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ita Ling sebaik Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Majlis Perbandaran Padawan ditutup, 10 pagi tadi.

Terdahulu, Dr Sim menjadi calon pertama tiba di PPC pada 7.30 pagi, diikuti Dr Kelvin yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.

Pada PRN Sarawak 2016 lalu, Dr Sim menang kerusi DUN Batu Kawah menewaskan calon DAP, Christina Chiew Wang See dan calon Bebas, Liu Thian Leong.

Beliau memperoleh 6,414 undi berbanding Wang See (4,329) dan Thian Leong (1,109).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 11:22 AM