Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

Kuala Terengganu: Keadaan banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan hanya 26 mangsa banjir daripada sembilan keluarga berada di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi hari ini berbanding 24 mangsa daripada lapan keluarga, 5 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu menerusi satu kenyataan memaklumkan kesemua mereka itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Atas Tol di sini.

Mangsa dipindahkan ke PPS berkenaan kerana air yang bertakung di kawasan rumah mereka akibat hujan baru-baru ini masih belum surut.

Cuaca diramal baik sepanjang hari ini di seluruh Terengganu.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan tiada sungai yang melepasi paras amaran atau bahaya setakat 8 pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 9:12 AM