TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Mahani Ishak


Kuala Lumpur: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara adalah 0.97 semalam dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu.

Rt tertinggi dicatatkan Perlis iaitu 1.16 diikuti Selangor, Melaka serta Labuan masing-masing 1.00 manakala Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah masing-masing 0.99.

Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, nilai Rt itu menunjukkan peningkatan berbanding nilai purata pada 1 Disember lalu, 0.95.

Perak pula mencatatkan Rt 0.98, diikuti Pahang (0.97), Negeri Sembilan (0.96) manakala Sabah, Kelantan dan Terengganu (0.93).

Sarawak mencatatkan Rt terendah iaitu 0.73 dan diikuti Putrajaya 0.89.

Nilai Rt tertinggi di seluruh negara dicatatkan antara 13 hingga 15 November lalu dengan nilai 1.05.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Disember 2021 @ 1:38 PM