KEADAAN kemalangan yang membabitkan MPV jenis Toyota Vellfire dan Perodua Kancil yang menyebabkan seorang mangsa maut di Kilometer 15.2, Jalan Seremban - Port Dickson. FOTO Ihsan PDRM
KEADAAN kemalangan yang membabitkan MPV jenis Toyota Vellfire dan Perodua Kancil yang menyebabkan seorang mangsa maut di Kilometer 15.2, Jalan Seremban - Port Dickson. FOTO Ihsan PDRM
Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: "Saya sudah cuba mengelak hingga ke tepi jalan berumput namun kenderaan kami tetap bertembung. Akibatnya pemandu kereta Perodua Kancil itu maut," ujar mangsa kemalangan, Lo Chai Ann, 52.

Dalam kejadian kemalangan jam 8.20 pagi tadi, pemandu kereta Perodua Kancil, Cheok Kha Hou, 22 tahun, maut serta merta di Kilometer 15.2, Jalan Seremban - Port Dickson di sini.

Lo Chai yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire mendakwa melihat kereta Perodua Kancil itu masuk ke laluan bertentangan.

"Saya cuba mengelak hingga ke tepi jalan namun kemalangan tetap berlaku. Pemandu kereta itu tersepit dalam kereta dan cedera parah.

"Ketika itu hanya saya dan isteri, Elemna Kwik Ying Ying, 40, berada di dlam MPV dan kami mengalami cedera ringan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pemandu kereta Perodua Kancil itu cedera di bahagian kepala dan dada sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian

Aidi Sham berkata, mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Port Dickson (HPD) untuk di bedah siasat.

Tambahnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Disember 2021 @ 4:48 PM