Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Mayat pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang maut akibat kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 FT 185, kilometer 27.10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley-Cameron sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, malam ini.

Mayat mangsa dikenali sebagai Tan Chee Heng, 36, itu dibawa dengan trak polis dan tiba di pekarangan hospital itu pada 10.50 malam.

Mangsa disahkan maut oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.

Tinjauan mendapati tidak kelihatan waris keluarga mangsa yang tiba di Jabatan Forensik hospital berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang menaiki Toyota Vellfire dipercayai dalam perjalanan dari Gua Musang Kelantan ke Pulau Pinang sebelum insiden malang itu berlaku.

Terdahulu, tiga kenderaan dikenal pasti tertimbus runtuhan tanah setakat ini dan operasi menyelamat masih dijalankan di lokasi kejadian.

MAYAT pemandu MPV dihantar di Jabatan Forensik HRPB.  malam ini. FOTO Balqis Jazimah Zahari
MAYAT pemandu MPV dihantar di Jabatan Forensik HRPB. malam ini. FOTO Balqis Jazimah Zahari

Berita berkaitan

Dua kenderaan terperangkap tanah runtuh [METROTV]

Kenderaan tertimbus tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Ada lagi kenderaan tertimbus selain lori, Toyota Vellfire

Kenderaan tertimbus: Pemandu lori, kenderaan MPV disahkan maut

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 11:51 PM