SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Seri Puteri yang dikuarantin. FOTO Facebook
SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Seri Puteri yang dikuarantin. FOTO Facebook
Saadiah Ismail


Kuala Lumpur: Seramai 60 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang positif Covid-19 dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, hari ini.

Baki ratusan pelajar masih di asrama menunggu ujian saringan Covid-19 dilakukan kepada mereka.

Perkara itu mendapat perhatian Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin yang turut turun padang melakukan tinjauan ke sekolah berkenaan.

Terdahulu tular mengenai jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah itu hingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa.

Difahamkan juga ibu bapa pelajar turut mendesak ujian saringan ke atas anak mereka dijalankan segera supaya pelajar dengan keputusan ujian negatif boleh pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, mereka yang menjadi kontak rapat juga turut dikuarantinkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 10:56 PM