JAHIDAH Nordin. FOTO ihsan Fauziah Nordin
JAHIDAH Nordin. FOTO ihsan Fauziah Nordin
Ahmad Hasbi


Seremban: Wanita hamil yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 43, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini, malam tadi.

Adiknya, Fauziah Nordin, 40, yang bertanggungjawab menjaga Jahidah sepenuh masa memaklumkan Jahidah menjalani pembedahan kecemasan kira-kira 9 malam tadi.

"Alhamdulillah, Kak Jahidah sudah lahirkan 'baby,' pembedahan kecemasan pukul 9 (malam tadi). Esok kena ke hospital tengok baby," katanya menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

Menurut Fauziah, kakaknya kini masih berada di hospital dan dalam pemantauan 24 jam.

Harian Metro pada Mei lalu melaporkan seorang penjawat awam dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor selepas dipercayai dicederakan suaminya.

Polis kemudiannya memburu suami yang dilaporkan ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman di Kuala Lumpur, 11 Jun lalu.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 10:19 AM