ANGGOTA bomba mengusung mayat seorang lelaki yang ditemui mati lemas selepas dia bertindak melarikan diri untuk mengelak operasi yang diadakan polis. FOTO ihsan JBPM
ANGGOTA bomba mengusung mayat seorang lelaki yang ditemui mati lemas selepas dia bertindak melarikan diri untuk mengelak operasi yang diadakan polis. FOTO ihsan JBPM
Nur Izzati Mohamad


Kepala Batas: Lelaki yang melarikan diri daripada operasi polis berhampiran Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga di sini, dengan berenang ke laut, ditemui lemas pagi tadi.

Ia disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad.

Mohd Radzi berkata, mayat lelaki itu ditemui di Pulau Sayak, Kedah kira-kira jam 9.30 pagi.

Pada kejadian jam 3 pagi semalam, lelaki berusia 37 tahun itu dikhuatiri lemas apabila dilaporkan hilang ketika berenang di laut berhampiran pasar terbabit.

Mangsa bertindak sedemikian kerana mahu melarikan diri daripada polis yang ketika itu menjalankan rondaan cegah jenayah dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Tiga lagi lelaki turut berenang namun mereka dilaporkan selamat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dilancarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 5:42 PM