GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA

BERNAMA

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang FGV Mengkarak 1 di Bera, Pahang yang dijadual tamat esok, dilanjutkan hingga 2 Disember.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelanjutan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penelitian risiko dan trend penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.

"Sementara, PKPD di Felda Chini 3 Mukim Penyor di Pekan, Pahang yang bermula pada 12 November lalu akan ditamatkan esok seperti dijadualkan," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Beliau turut memaklumkan tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 9:54 PM