GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 95.6 peratus atau 22,379,626 individu bagi populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 97.8 peratus atau 22,906,258 individu bagi populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu 87.4 peratus atau 2,751,092 individu bagi kadar populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 82.1 peratus atau 2,584,612 individu remaja lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 105,103 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 16,848 suntikan dos lengkap, 6,549 menerima dos pertama dan 81,706 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,842,386.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,407,762.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 November 2021 @ 10:51 AM