AHMAD Saidi Mohamad Daud (berbaju batik biru) ketika menyampaikan penganugerahan dalam Majlis Apresiasi dan Anugerah Perkhimatan Cemerlang, Majlis Perbandaran MPKK. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
AHMAD Saidi Mohamad Daud (berbaju batik biru) ketika menyampaikan penganugerahan dalam Majlis Apresiasi dan Anugerah Perkhimatan Cemerlang, Majlis Perbandaran MPKK. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Kuala Kangsar: Golongan pendidik di Perak yang dalam kategori kumpulan berisiko tinggi akan dikenal pasti bagi membolehkan mereka menerima suntikan dos penggalak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kini giat mengesan guru itu dan mereka akan dipanggil secara berperingkat.

"Selain panggilan yang dibuat melalui aplikasi MySejahtera, terdapat sebahagian yang dipanggil secara langsung melalui JPN berikutan ada kebarangkalian guru yang terlepas pandang (janji temu dos penggalak).

"Saya percaya JPN juga mungkin ada cara tersendiri (untuk memaklumkan guru) agar tidak ada yang terlepas tarikh janji temu," katanya pada sidang media Majlis Apresiasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) tahun 2020 dan 2021 di sini hari ini.

Mengenai pengoperasian semula sekolah, Ahmad Saidi berkata, persiapan dibuat berada pada tahap baik dengan kerjasama semua pihak berkaitan untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, sistem penggiliran yang digunakan pula secara mingguan membabitkan kehadiran 50 peratus pelajar secara bersemuka manakala 50 peratus lagi melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 November 2021 @ 5:41 PM