GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Seorang peniaga dalam talian rugi RM29,000 selepas menjadi mangsa tawaran peluang pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui Instagram, September lalu.

Mangsa berusia 24 tahun tertarik untuk menyertainya lalu berurusan dengan lelaki dikenali sebagai 'Andy'.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa membuat sembilan transaksi melalui enam akaun bank berbeza berjumlah keseluruhan RM29,000.

"Selepas bayaran dibuat, suspek masih meminta mangsa membuat bayaran tambahan.

"Mangsa yang curiga dan syak diperdaya tampil membuat laporan di Balai Polis Triang semalam," katanya pada kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 November 2021 @ 2:59 PM