GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 22,318,132 individu atau 95.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 22,875,185 individu atau 97.7 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu, 80.4 peratus atau 2,531,793 individu bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun lengkap divaksinasi manakala 87 peratus atau 2,740,442 individu remaja menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 102,057 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 26,295 suntikan dos lengkap, 5,488 menerima dos pertama dan 70,274 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,322,636.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,042,234.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 November 2021 @ 10:15 AM