FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my


Seremban: Seramai 35,479 individu dewasa termasuk petugas barisan hadapan dan wakil rakyat di negeri ini sudah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya menggesa individu yang mendapat janji temu bagi menerima dos berkenaan hadir ke lokasi yang ditetapkan.

"Saya menyeru kepada semua yang menerima tarikh suntikan dos penggalak agar mengambil peluang dengan hadir ke lokasi ditetapkan.

"Ini adalah salah satu ikhtiar kita dalam usaha melindungi diri, keluarga dan masyarakat," katanya di sini, hari ini.

Beliau yang menerima suntikan dos penggalak di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ), di sini, petang semalam mengakui urusan berkaitan berjalan lancar.

"Saya tidak mengalami sebarang tindak balas yang tidak diingini selepas menerima suntikan berkenaan.

"Terima kasih saya ucapkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang komited menjalankan tugas dan amanah demi untuk kepentingan kesihatan rakyat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 November 2021 @ 2:16 PM