Pengundi diminta menyelidiki berita yang diterima bagi mengelakkan terbabit menyebarkan berita tidak benar sepanjang kempen PRN Melaka dari 8 hingga 19 November ini. FOTO HASSAN OMAR
Pengundi diminta menyelidiki berita yang diterima bagi mengelakkan terbabit menyebarkan berita tidak benar sepanjang kempen PRN Melaka dari 8 hingga 19 November ini. FOTO HASSAN OMAR
Hassan Omar


Melaka: Rakyat negeri ini, terutama 495,196 pengundi berdaftar, diingatkan supaya berwaspada terhadap fitnah yang berleluasa sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka daripada 8 hingga 19 November ini.

Ini kerana, pelbagai pihak, terutama yang berkaitan secara langsung dengan pelbagai parti politik yang bertanding pada PRN bakal menyebarkan pelbagai maklumat mengenai calon dan parti masing-masing.

Dibimbangi, ada antara maklumat berkenaan tidak sahih dan bersifat fitnah terhadap seseorang atau pihak tertentu dipercayai bagi mempengaruhi pengundi.

Menjelaskannya, Imam Besar Masjid al-Azim, Bukit Palah Datuk Mohammad Hashim al-Hafi berkata, PRN Melaka adalah ujian Allah SWT untuk rakyat Melaka bagi melihat sejauh mana pengundi mengutamakan maklumat yang sahih dan sebaliknya.

"Apabila sampai berita tertentu, maka hendaklah pengundi membuat semakan atau selidik sama ada ada berita itu sahih atau sebaliknya.

"Lebih dahsyat lagi jika berita itu adalah fitnah dan jika kita tidak pasti, jangan sebarkan kepada rakan atau orang lain melalui media sosial," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup sesi temu bual dalam rancangan Mutiara Ilmu yang disiarkan Radio Melaka FM hari ini.

Mohamad berkata, Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa peka terhadap berita yang sampai kepada mereka dan sentiasa berusaha menyelidiki sama ada ia benar atau sebaliknya.

"Gunakanlah kebijaksanaan akal dianugerahi Allah SWT untuk membuat penilaian sama ada berita itu benar atau sebaliknya," katanya.

Untuk rekod, penamaan calon akan diadakan Isnin ini dan tempoh berkempen ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama 12 hari mulai hari berkenaan hingga jam 11.59 malam, 19 November ini.

gambar:

Pix 1-5: Pengundi diminta menyelidik berita yang diterima bagi mengelakkan terbabit menyebarkan berita tidak benar sepanjang kempen PRN Melaka daripada 8 hingga 19 November ini.

- Foto HASSAN OMAR

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 3:06 PM