ROKOK seludup yang dirampas dalam Op Kontraban di Penampang. FOTO ihsan PGA
ROKOK seludup yang dirampas dalam Op Kontraban di Penampang. FOTO ihsan PGA
Juwan Riduan


Penampang: Wanita yang didapati menjual rokok tidak bercukai ditahan dalam Op Kontraban di belakang sebuah kedai runcit di Jalan Cyber Square, di sini, semalam.

Dalam serbuan pada 7 pagi, anggota Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kota Kinabalu berjaya merampas ratusan kotak rokok dianggarkan bernilai RM36,491 yang disimpan dalam kereta Proton Wira.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya mendapati kereta itu dipercayai dijadikan tempat simpanan rokok berkenaan.

"Wanita berusia 43 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penjual rokok terbabit ditahan, manakala kesemua rokok dan kereta dirampas untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 12:19 PM