Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis, Pahang mulai Sabtu hingga 19 November ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

"SOP (prosedur operasi standard) bagi lokaliti PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, Rodzi berkata, tiada pelanjutan atau penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 November 2021 @ 6:02 PM