Foto hiasan
Foto hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Satu lokaliti di Pahang dilanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini hingga 18 November,

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu, Kampung Orang Asli Ruai di Raub, Pahang dikenakan PKPD sejak 22 Oktober lalu.

"Selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa di kawasan berkenaan, MKN memutuskan untuk melanjutkan PKPD di lokaliti terbabit.

"Lokaliti berkenaan sepatutnya tamat PKPD esok namun dilanjutkan kerana situasi jangkitan semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rodzi berkata, MKN turut memutuskan untuk menamatkan PKPD di Program Bersepadu Daerah Terpencil (Prosdet), Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang bermula 4 esok.

"Orang ramai diminta untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 10:35 PM