DR Noor Azmi (dua kiri) membuat suntikan dos penggalak kepada kakitangan barisan hadapan di Klinik Kesihatan Kuala Tekal sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. FOTO Roselan Ab Malek
DR Noor Azmi (dua kiri) membuat suntikan dos penggalak kepada kakitangan barisan hadapan di Klinik Kesihatan Kuala Tekal sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. FOTO Roselan Ab Malek
Roselan Ab Malek


Temerloh: Semua jemaah umrah yang sudah mendapat tarikh penerbangan ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadat itu perlu menunggu giliran bagi menerima dos penggalak vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, setakat ini pemberian dos hanya diberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan, warga emas dan mereka yang mengalami masalah kesihatan atau komorbid.

"Dos penggalak ini, sekarang kita buka untuk 'frontliners' (petugas) barisan hadapan, mereka yang ada komorbid, mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang ada masalah dan yang berdepan 'directly' dengan orang ramai.

"Sekarang sudah dibenarkan dos campuran, Pfizer, Pfizer dan Sinovac atau Sinovac dan Pfizer. Macam di Arab Saudi, mereka masih mengekalkan hanya (mengiktiraf) vaksin Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna diberikan kelulusan.

"Kalau Sinovac dia (Arab Saudi) tak bagi izin lagi, jadi pada ketika ini itulah syarat dan untuk Pfizer ini kita bagi selepas enam bulan dan Sinovac pula selepas tiga bulan untuk mereka yang nak pergi menunaikan umrah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Kampung Tekal, yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail dekat sini, hari ini.

Klinik Kesihatan Kuala Tekal berharga RM 4.7 juta menggantikan klinik lama yang sering di landa banjir dapat menampung keperluan kira kira 2000 penduduk di kampung itu dan pendudukkampung berhampiran.

Kerajaan Arab Saudi pada Julai lalu mengumumkan hanya penerima empat jenis vaksin dibenarkan memasuki Tanah Suci bagi menunaikan ibadat haji dan umrah.

Bagaimanapun, Ogos lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan penerima vaksin jenis Sinovac dan Sinopharm juga dibenarkan memasuki negara itu dengan syarat mendapatkan dos penggalak jenis Pfizer, Astra Zeneca, Moderna dan Johnson & Johnson.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 November 2021 @ 10:44 AM