GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 November sehingga 16 November ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokalti yang dikenakan PKPD ialah Taman Amalina Lestari di Raub.

"Selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi Covid-19 di kawasan berkenaan, MKN memutuskan untuk mengenakan PKPD di lokaliti terbabit.

"Selain itu, MKN turut memutuskan untuk melanjutkan PKPD di Pos Betau, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang bermula 3 November sehingga 16 November ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya semua lokaliti itu menjalani PKPD bermula 20 Oktober lalu.

Katanya, orang ramai diminta untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 7:47 PM