Anggota bomba membawa mayat Mohd Kamal Akmal yang ditemukan lemas di sungai belakang Pasar Awam  Pekan Benut, petang hari ini. Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba membawa mayat Mohd Kamal Akmal yang ditemukan lemas di sungai belakang Pasar Awam Pekan Benut, petang hari ini. Foto Ihsan JBPM
Togi Marzuki

Pontian: Remaja ditemukan lemas selepas terjatih ke sungai apabila bot dinaikinya terlanggar tunggul di sungai belakang Pasar Awam Pekan Benut, petang hari ini.

Mayat, Mohd Kamal Akmal Jamaludin, 17, ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di air (PPDA) pada 4 petang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Azhar Abdul Jalil berkata, mayat Mohd Kamal Akmal ditemukan pada kedalaman sembilan meter kira-kira 50 meter lokasi mangsa terjatuh.

Menurutnya, mangsa dilaporkan jatuh ke sungai apabila bot yang dinaiki bersama bapanya terlanggar tunggul pada 11.59 pagi.

"Operasi mencari itu dijalankan masing-masing tiga anggota PPDA BBP Muar dan Skudai.

"Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Oktober 2021 @ 11:10 PM