LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Lelaki yang dipercayai terjatuh di Jambatan Pulau Pinang, semalam ditemukan mati lemas pagi tadi.

Mayat mangsa Chew Boon Sheng, 33 tahun, dari Taman Helang Jaya Nibong Tebal ditemukan pada jam 11.20 pagi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, A'azelan Hassan berkata, mangsa ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) di perairan Jelutong kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban sebelum di bawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Mayat mangsa diserah kepada polis sebelum dibawa ke HPP bagi tindakan lanjut dan proses pengecaman.

"Polis turut mengesahkan bahawa mangsa adalah lelaki yang dipercayai jatuh dari Jambatan Pulau Pinang, semalam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Operasi yang turut membabitkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bendera itu tamat pada jam 1.24 petang.

Semalam Harian Metro melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima panggilan pada jam 5.48 petang mengenai seorang lelaki yang dikhuatiri lemas dipercayai jatuh dari jambatan berkenaan di Kilometer 6.8 arah Georgetown.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 4:37 PM