CHOW Kon Yeow. FOTO Mikail Ong
CHOW Kon Yeow. FOTO Mikail Ong
Nur Izzati Mohamad


Georgetown: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan membuat sebarang pembayaran kepada Kerajaan Negeri Kedah berhubung tuntutan bayaran royalti pajakan sebanyak RM100 juta setahun yang dibuat negeri jiran itu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Persekutuan juga tidak perlu melayan sebarang tuntutan yang luar daripada perjanjian serta persetujuan sedia ada.

"Merujuk kepada kenyataan sebagaimana dipaparkan, saya menyatakan Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membuat sebarang pembayaran kepada Kerajaan negeri Kedah," katanya ringkas.

Terdahulu, Kerajaan negeri Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan selepas mendapati ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, tuntutan itu menjadi antara permohonan kerajaan negeri menerusi Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Beliau dipetik berkata, ketika ini kerajaan negeri hanya menerima bayaran khas sebanyak RM10 juta setahun sejak 2018 dan royalti pajakan sebanyak RM10,000 setahun yang pada masa ini dilihat tidak lagi munasabah.

Berita berkaitan:

  • Kedah tuntut royalti pajakan Pulau Pinang RM100 juta
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 6:10 PM