GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Melvin Joni


Padawan: Remaja lelaki yang disyaki menyebabkan seorang gadis bawah umur hamil ditahan di perkarangan Balai Polis Kota Sentosa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang gunting rambut ditahan pada 1.50 petang.

"Ketika disoal siasat, suspek mengaku ada melakukan hubungan seks dengan mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penahanan suspek berusia 16 tahun itu dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang doktor selepas pemeriksaan mendapati mangsa yang masih berusia 14 tahun hamil 29 minggu.

"Pada awal, mangsa ke Klinik Batu Kawa, 11 Ogos lalu untuk pemeriksaan selepas tidak datang bulan.

"Doktor mengesahkan remaja itu mengandung, dan mangsa dinasihatkan supaya membuat laporan polis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 5:27 PM