BUAYA tembaga yang tersesat dan berjaya ditangkap Jabatan Penghilitan Negeri Sembilan untuk dilepaskan kembali ke habitat asalnya di Sungai Linggi. FOTO ihsan PENGHILITAN
BUAYA tembaga yang tersesat dan berjaya ditangkap Jabatan Penghilitan Negeri Sembilan untuk dilepaskan kembali ke habitat asalnya di Sungai Linggi. FOTO ihsan PENGHILITAN
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Orang ramai gempar apabila seekor buaya tembaga sepanjang 2.52 meter ditemui tersesat di kawasan tali air di Batu 12 di sini sejak hampir sebulan lalu.

Susulan itu sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan segera menjalankan operasi menyelamat buaya tembaga jantan itu.

Difahamkan buaya yang mula dikesan pada 25 September lalu akhirnya berjaya ditangkap semalam sebelum dipindahkan ke lokasi lain.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, operasi itu dijalankan susulan maklumat awam berhubung kehadiran buaya berkenaan.

"Pihak kami menggunakan umpan ayam mati bagi menarik perhatian buaya itu sebelum reptilia itu .

"Berat buaya ditangkap itu dianggarkan sekitar 80 kilogram (kg) dan berusia antara sembilan hingga 10 tahun.

Seramai 12 kakitangan Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan terbabit menjayakan operasi menyelamat dan memindahkan buaya tembaga itu," ujarnya.

Wan Mat berkata, dua buaya tembaga berjaya diselamatkan pihaknya sepanjang tahun ini.

"Buaya tembaga baru ditangkap ini dipercayai dibawa arus air dari Sungai Linggi ketika banjir berlaku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 4:45 PM