GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 22,191,734 atau 94.8 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (26 Oktober), menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.

Sejumlah 97.5 peratus atau 22,830,806 individu bagi populasi dewasa pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 181,160 dos suntikan vaksin sudah diberikan semalam membabitkan 136,290 suntikan dos lengkap dan 22,178 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 49,434,613.

Setakat semalam juga, sebanyak 1,851,024 atau 58.8 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah lengkap divaksin, manakala 82 peratus atau 2,581,280 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 22,692 dos penggalak vaksin Covid-19 (booster) diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 146,469.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 9:54 AM