KERJA memperbaiki ban pecah akibat hujan lebat yang mengakibatkan banjir teruk di Kampung Ginching, Sepang. FOTO Mohd Fadli Hamzah
KERJA memperbaiki ban pecah akibat hujan lebat yang mengakibatkan banjir teruk di Kampung Ginching, Sepang. FOTO Mohd Fadli Hamzah
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 176 individu masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Melaka, Selangor dan Kedah setakat 9 pagi ini.

Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel Cuthbert John Martin Quadra berkata, empat daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal.

Beliau berkata, penduduk terlibat masih berada di PPS berkenaan disebabkan bekalan elektrik ke rumah mereka belum disambung, namun kerja-kerja penyambungan dijangka selesai hari ini.

Di SELANGOR, portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara memaklumkan terdapat 32 orang daripada sembilan keluarga berada di dua PPS di Sepang iaitu Sekolah Rendah Agama Kampung Giching (31 orang) dan Balai MPKK Kampung Giching (seorang).

Sementara itu, di KEDAH seramai 140 orang daripada 36 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dekat Pendang yang dibuka sejak Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 10:58 AM