GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Hasrat seorang peniaga meraih keuntungan berganda tidak kesampaian apabila kerugian RM186,923 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan bitcoin tidak wujud.

Mangsa mula melabur pada Jun hingga Julai lalu dan memasukkan modal antara RM2,100 hingga RM55,636 ke dalam 10 akaun peribadi

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa tertarik dengan pelaburan bitcoin selepas melihat akaun Instagram suspek yang perkenalkan website http://h5.uniswapx3.com.

Katanya, sepanjang terbabit dengan pelaburan itu, dia hanya membuat sekali pengeluaran iaitu RM1,000 pada 5 Julai lalu.

"Namun, pada akhir Julai, mangsa mengesyaki sesuatu yang pelik apabila mendapati ke semua modal dimasukkan ke dalam akaun peribadi yang diberikan suspek.

"Mangsa kemudian memaklumkan ingin mengeluarkan wang berkenaan, namun suspek memberitahu wang berkenaan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga bulan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, pada Ogos lalu, mangsa menghantar emel ke laman web diberikan untuk mengeluarkan wang, tetapi usaha itu gagal.

Beliau berkata, mangsa juga turut berusaha dengan hubungi suspek namun panggilan tidak dijawab, selain akaun bitcoin diberikan tidak dapat diakses.

"Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam," katanya.

Dalam kes berasingan, seorang wanita kerugian RM 4,240 selepas ditipu lelaki yang menjual pokok keladi hiasan tidak wujud.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 10:51 AM