DR Noor Azmi berucap pada Persidangan Dewan Negara. FOTO Bernama
DR Noor Azmi berucap pada Persidangan Dewan Negara. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menguruskan perolehan 490 ambulans Jenis berserta kelengkapan peralatan secara tender terbuka di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kenderaan berkenaan adalah sama ada bagi menggantikan ambulans rosak, telah dilupuskan, perlu diganti atau dihantar ke kawasan yang memerlukan.

"Proses perolehan ini dalam peringkat penilaian tender dan dijangka dapat diserahkan kepada pengguna secara berperingkat bermula pertengahan 2022," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Dr Ahmad Azam Hamzah yang mahu tahu sama ada cadangan pembelian 300 ambulans untuk kegunaan ketika pandemik diteruskan atau sebaliknya.

Sementara itu, Dr Noor Azmi menjelaskan terdapat tiga jenis ambulans iaitu Jenis dan pacuan empat roda bagi mengelakkan sebarang kekeliruan pada masa hadapan.

"Dulu ada berita tular yang mengatakan kita (KKM) buat perolehan dan sebagainya, itu bukan apa yang kita buat sekarang sebenarnya. Kita melaksanakan perolehan Jenis… ambulans ini ada Jenis dan pacuan empat roda.

"Jenis ini yang paling canggih, yang ada peralatan ventilator, kalau pesakit perlu gunakan alat bantuan pernafasan maka mereka boleh gunakan dan kebanyakannya dihantar kepada sekolah. Yang kedua Jenis, yang kita nak tempah ini tanpa ventilator, ataupun kelas CKD (komponen terurai), maknanya kita ambil van itu kita ubah suai jadi ambulans," katanya.

Beliau berkata proses perolehan 490 ambulans itu adalah bagi fasa pertama dan KKM akan melaksanakan fasa kedua iaitu penambahan 100 unit lagi untuk dihantar ke seluruh negara, dengan anggaran kos selenggaran kira-kira RM400,000 setahun.

Dr Noor Azmi menjawab soalan tambahan Ahmad Azam yang mahu tahu jangkaan kos selenggaraan setahun bagi ambulans berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 4:04 PM