AIR Sungai Labu melimpah ke kawasan perumahan di Kampung Giching. FOTO ihsan pembaca
AIR Sungai Labu melimpah ke kawasan perumahan di Kampung Giching. FOTO ihsan pembaca
Samadi Ahmad


Sepang: Seramai 16 penduduk di Kampung Giching, di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Rendah Agama Giching susulan banjir kilat kali kedua hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim berkata, penduduk dipindahkan pada 4 petang berikutan air Sungai Labu melimpah ke kawasan perumahan.

Katanya, air Sungai Labu melimpah disebabkan hujan lebat di Seremban dan Nilai menyebabkan ban yang sedang dalam pembaikan pecah.

"Hujan lebat petang tadi menyebabkan Sungai Labu tidak dapat menampung jumlah air yang banyak dan melimpah ke kawasan penduduk," katanya.

Pada Khamis lalu, kediaman penduduk di kampung ini ditenggelami banjir kilat selepas air Sungai Labu melimpah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 8:33 PM