Laporan terdahulu.
Laporan terdahulu.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pengarah agensi penguat kuasa yang dipercayai mendera pembantu rumah warga Indonesia sudah diambil keterangan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, mangsa pula sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Siasatan berhubung kejadian masih berjalan dan individu yang didakwa sudah dipanggil untuk diambil keterangan," katanya hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, seorang wanita warga asing dipukul di kepala, tangan dilipat selain dikurung dalam sebuah bilik dipercayai didera majikannya.

Kejadian dilaporkan dilakukan majikannya itu yang juga seorang pengarah agensi penguat kuasa di sebuah rumah di Kelana Jaya dekat sini, pada Isnin lalu.

Wanita terbabit melarikan diri daripada rumah majikannya ke Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur sebelum laporan polis dibuat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) selepas majikan dipercayai tidak membayar gaji pembantu rumah itu sejak sekian lama.

Berita berkaitan

Pengarah agensi penguat kuasa pukul, kurung amah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 2:23 PM