Rodzi Md Saad
Rodzi Md Saad
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Lipis, Pahang ditamatkan esok mengikut jadual ditetapkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan PKPD itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi di kawasan berkenaan.

"PKPD yang ditamatkan adalah Pos Sinderut, Mukim Ulu Jelai dan Perkampungan Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom, Mukim Ulu Jelai di Lipis.

"Tiada sebarang PKPD baharu dan perlanjutan PKPD dilaksanakan di mana-mana lokaliti lain di negara hari ini," katanya pada kenyataan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 5:50 PM