GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 4 November ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan PKPD itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi di kawasan berkenaan

"PKPD berkenaan akan bermula pada 22 Oktober (esok) hingga 4 November ini.

"Tiada sebarang perlanjutan PKPD dan penamatan PKPD di mana-mana lokaliti lain di negara hari ini," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 7:01 PM