Nuraliawati Sabri


Melaka: Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras ketika membantu mangsa banjir kini bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata, anggota berusia 46 tahun itu kini berada di bawah pemantauan pegawai perubatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.

"Dia kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil dan masih di Zon Merah.

"Buat masa ini dia bergantung kepada bantuan alat pernafasan selain dipantau oleh doktor," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

RAKAMAN gambar tular anggota bomba diberikan bantuan kecemasan akibat dibawa arus ketika membantu mangsa banjir. FOTO Tular
RAKAMAN gambar tular anggota bomba diberikan bantuan kecemasan akibat dibawa arus ketika membantu mangsa banjir. FOTO Tular

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika kejadian anggota berkenaan dipercayai hilang pertimbangan susulan arus deras ketika memasang tali untuk menyelamatkan mangsa banjir.

"Pasukan bomba yang menyedari kejadian mengambil masa kira-kira tiga minit untuk membawanya ke kawasan selamat.

"Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kemudian memberi rawatan awal sebelum mangsa dikejarkan ke hospital," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Oktober 2021 @ 11:17 PM