Tengku Amir Shah (kiri) berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1443H/ 2021M dan menyempurnakan pelancaran Buku Pelan Strategik JAIS 2020 - 2024. FOTO IHSAN JAIS
Tengku Amir Shah (kiri) berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1443H/ 2021M dan menyempurnakan pelancaran Buku Pelan Strategik JAIS 2020 - 2024. FOTO IHSAN JAIS
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Guna laman sosial Facebook bagi penganjuran norma baru sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1443H/ 2021M di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, di sini, tadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, majlis sambutan Maulidur Rasul pasca pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu itu turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi JAIS.

"Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat hadir ke majlis ini dengan diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Azmie Diron.

"Pada majlis ini juga Raja Muda Selangor berkenan menyempurnakan pelancaran Buku Pelan Strategik JAIS 2020 - 2024," katanya.

Beliau berkata, sambutan bertemakan 'Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti' it diserikan dengan Bacaan Berzanji dan Selawat oleh Kumpulan Berzanji Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

"Majlis disusuli Segmen Sirah Rasulullah disampaikan oleh Ustaz Datuk Muhamad Abdullah Al-Amin, di mana antara pengisiannya adalah mencontohi akhlak Baginda Rasulullah saw serta terus imarah masjid yang menjadi tempat hidayah.

"Semoga sambutan yang diadakan ini biarpun dalam keadaan bersederhana, ringkas dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) penjarakan fizikal.

"Semoga majlis ini dapat terus menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan Nabi Muhammad saw," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 7:10 PM