FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Omar Ahmad.


Kota Tinggi: Pasangan suami isteri dikompaun kerana merentas negeri tanpa lengkap dua dos vaksin, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Inas Jalan Kulai-Kota Tinggi di sini.

"Semalam kita kompaun suami isteri yang didapati merentas negeri tanpa vaksin lengkap.

"Pasangan terbabit dari Perak ke Kulai melalui SJR Inas, selepas diperiksa mendapati mereka belum lengkap vaksin Covid-19 dua dos.

"RM2,000 kompaun dikeluarkan bagi setiap seorang mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 4:43 PM