KAMARUDDIN. FOTO Arkib NSTP
KAMARUDDIN. FOTO Arkib NSTP
Nazri Abu Bakar

Melaka: PAS Melaka sedia bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang ditetapkan pada 20 November ini.

Pesuruhjayanya, Kamaruddin Sidek berkata, pihaknya mengakui PRN adalah langkah terbaik yang mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan pemerintah baharu dan untuk itu pihaknya tidak menghalang.

Katanya, PAS Melaka juga sedia menyusun jentera pilihan raya dan mengenal pasti calon sesuai untuk bertanding dalam PRN itu.

"Cuma kita akan lihat syarat-syarat kempen yang bakal digariskan SPR. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Insya Allah PAS akan beri kerjasama dalam menjalankan PRN berkenaan," katanya.

SPR hari ini mengumumkan 20 November sebagai tarikh PRN Melaka dan 8 November sebagai hari penamaan calon, manakala tarikh mengundi awal pada 16 November.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas empat wakil rakyat mengisytiharkan menarik balik sokongan kepada kerajaan.

Berita berkaitan

PRN Melaka 20 November [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Oktober 2021 @ 1:40 PM